Powered By

Powered by Permaya

Wednesday, October 13, 2010

Rebutlah Peluang Yg Ada..

http://www.perintis4all.com/?id=abdulhadi
cuba klik website ni..baca dgan teliti..sama2 kita mafaatkan nya..





http://www.perintis4all.com/?id=abdulhadi

Selamat datang ke gerbang http://www.perintis4all.com/?id=abdulhadi Gerbang yang membongkarkan cara berkesan menjana pendapatan rangkaian terhebat masa kini. Di sini kami melalui program e-niaga at-Tabarru’ membuktikan 1001 Hikmat & Kelebihan Berjamaah (Power of Networking) sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam .

Wednesday, April 9, 2008

Kefahaman Mudah Tentang Keimanan

Bagaimana kita mengetahui bahawa Allah SWT itu wujud?

Sesungguhnya tumbuhan, haiwan, lautan, bukit-bukau, dan manusia, yang kita lihat pada alam yang kecil ini, sama ada yang hidup ataupun yang mati dan yang tidak mampu untuk kita melihatnya, itu semua adalah bukti yang jelas pada ciptaan Allah SWT.
Begitu juga dengan timbangan, peraturan, dan ciptaan yang begitu agung yang ada di seluruh alam ini, adalah bukti-bukti menunjukkan wujudnya Pencipta. Ilmu-Nya meliputi semua perkara dan ciptaan-Nya yang terbaik. Allah mempunyai hikmah dan mempunyai pengetahuan yang meliputi seluruhnya.

Sesungguhnya kita mengetahui adanya Allah ‘Azzawajalla daripada semua peraturan yang diciptakan-Nya dan sifat-Nya yang sempurna yang talah menjadikan segala alam yang wujud sama ada hidup ataupun mati. Dan telah disebut di dalam Al-Quran:

Yang bermaksudnya: (Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia)). [Al-Mulk:3-4]

Bagaimana untuk kita mengenal Allah SWT?

Semua yang kita lihat dan saksi pada alam semesta, itu semua adalah tanda daripada tanda-tanda Allah SWT itu Maha Agung. Yang tidak terhingga dan penyaksian pada kekuatan-Nya dan keagongan-Nya. Dan telah datang Al-Quran keluasan ilmunya dengan sifat Allah Azzawajalla. Al-Quran ialah kitab yang diutuskan untuk memandu manusia kepada jalan yang benar (huda). Al-Quran telah menukilkan kepada kita tentang sifat-sifat Allah SWT yang maha Agung. Hikmat-Nya, Pengetahuan-Nya, belas kasihan-Nya, rahmat-Nya, keadilan-Nya, pedegaran-Nya dan pandangan-Nya pada semua perkara.

Firman Allah SWT maksudnya: ( Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya. Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.) [Al-Hasyr:22-24]

Apa yang dikehendaki pada ciptaan kita?

Allah SWT telah memberitakan tentang apa yang dikehendaki pada ciptaan-Nya sebagaimana firman Allah di dalam kitab suci Al-Quran:
Bermaksud: (“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”) [Adz-Dzaariyaat: 56]

Sebagaimana ayat di atas, tujuan daripada penciptaan manusia di atas muka bumi ini ialah untuk beribadat (memperhambakan diri) kepada Allah SWT, untuk mencari keredhaan-Nya, melalui segala percubaan (imtihan) dan juga ujian yang telah menjadi sunah kehidupan di atas muka bumi ini.

Kenapa kita diuji di dalam kehidupan?

Ujian yang diberi oleh Allah SWT kepada manusia di dalam kehidupan ini adalah untuk membezakan di antara orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman. Membezakan di antara perkara buruk dengan perkara baik, dan untuk mengetahui siapakah di kalangan orang Mukmin yang lebih afdal amalannya. Justeru, sesungguhnya tidak memadai jika seseorang itu hanya berkata “aku beriman kepada Allah SWT”.

Kehidupan manusia semestinya kepada Allah SWT, beriman kepada-Nya, dan sentiasa berpegang kepada Agama Allah SWT dengan sebenar-benarnya. Agama yang padanya penuh dengan ujian serta onak dan ranjau.

Untuk mencapai keikhlasan dalam kehidupan pengabdian kepada Allah SWT, tidak dapat tidak seseorang itu haruslah bermujahadah dalam menghadapi pancaroba dunia serta segala mehnahnya. Sebagaimana yang telah dijelaskan mengenai hakikat ini di dalam firman Allah SWT:

Yang bermaksud: (“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat”) [Al-Mulk: 2]

Bagaimana kita mahu menjadi hamba kepada Allah SWT?

Sesungguhnya manusia adalah hamba kepada Allah SWT, iaitu asas kehidupan yang sempurna adalah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Maka dengan ini di dalam setiap sembahyang dan amalan yang soleh, adalah semata-mata untuk mencapai keredhaan daripada Allah SWT dan menjadi seorang hamba yang sentiasa gerun (takut kepada-Nya).
Dengan yang demikian, setiap hamba sentiasa takut dan gerun pada Allah SWT dalam setiap fikirannya, percakapannya, amalannya, dan setiap gerak-gerinya. Itulah yang di kehendaki oleh yang maha Pencipta.

Allah SWT telah memberi amaran bahawa manusia adalah hamba kepada Allah SWT, maka perhambaan ini hendaklah merangkumi seluruh kehidupan.

Sebagaimana firman-Nya yg berِmaksud: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [Al An'aam.162]

Kenapa agama itu penting pada kita?

Sesungguhnya tidak dapat tidak, setiap manusia yang beriman kepada Allah SWT pertama sekali hendaklah dia mengetahui tentang penciptanya dan perkara-perkara yang diredhai oleh penciptanya, maka roh manusia akan meratap ketika tuannya tidak tahu akan (tujuan) ciptaannya. Dia (Allah) yang menjadikan kehidupan bagi manusia, makan, minum, kesihatan, dan kesempurnaan. Dengan yang demikian wajib ke atas manusia menjadikan seluruh kehidupannya agar menurut segala perintah Allah SWT dan mengharap keredhaan daripada-Nya.

Maka agama menunjukkan kepada kita jalan dalam setiap pergerakan, tempat, akhlak, dan jalan kehidupan yang diredhai oleh Allah ‘azzawajalla. Allah SWT telah meyakinkan kita pada firman-Nya bahawa sesungguhnya orang-orang yang menjadikan agama yang benar sebagai pegangannya adalah merupakan mereka yang diberi petunjuk, dan orang-orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ikutan mereka itu adalah mereka yang sesat firman Allah SWT.

Yang bermaksud: Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayah petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata. [Az-Zumar.22]

Thursday, November 29, 2007

Pasti


Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Berapa banyak amalan kita yg boleh menghapuskan dosa seharian?? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat?? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.? Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut!! Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar!!

Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yg berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yg kita cari. Dunia yg semakin tua ini sering dilanda bermacam² masalah. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Bahkan bala!! Tanda kemurkaan Allah.. Adakah kita benar-benar sedar akan semua itu????

Kejayaan yg kita kecapi pada hari ini, semuanya adalah pemberian daripada Allah kepada hambanya sebagai balasan atas apa yg telah diusahakan. Janganlah sesekali kita merasa bangga, riak, takabbur dan sebagainya. Walhal semua kurniaan dan segala kelebihan yg ada pada seseorang itu datangnya dari Allah S.W.T..

Kita adalah manusia yg berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. Betapa hinanya kita... Tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmat-Nya.

Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!

Sunday, November 18, 2007

Rezeki


Ketika mana manusia berada di dalam kegelapan rahim ibu, manusia tidak mampu untuk mencari sesuatu pun samaada air, makanan dan sebagainya. Akan tetapi Allahlah yang memberikan rezeki kepada janin-janin yang berada didalam perut ibu melalui tali pusat.
Apabila lahirnya manusia ke alam ini, Allah memberikan pula rezeki melalui buah dada ibu yang keluar daripadanya susu. Allah juga memberikan hamba-hambanya rezeki yang tak terhingga banyaknya daripada tumbuh-tumbuhan, pokok kayu yang terhasilnya buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Yang menyebabkan terhasilnya makanan tersebut daripada air, angin, pancaran matahari untuk menyempurnakan hasilnya. Allah juga menyediakan tempat-tempat yg munasabah dan elok bagi mengeluarkan hasil-hasil makanan yg baik daripada tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran untuk makhluk-makhluk di atas alam ini yg amat memerlukan semua itu. Ini bertepatan dengan Firman-Nya :

{فَلْيَنْظُرِ الإِنسَانُ إِلَى طَعَامِهِ . أَنَّا صَبَبْنَا الْمَاءَ صَبًّا . ثُمَّ شَقَقْنَا الأَرْضَ شَقًّا . فَأَنْبَتْنَا فِيهَا حَبًّا . وَعِنَبًا وَقَضْبًا . وَزَيْتُونًا وَنَخْلاً . وَحَدَائِقَ غُلْبًا . وَفَاكِهَةً وَأَبًّا . مَتَاعًا لَكُمْ وَِلأَنْعَامِكُمْ} (سورة عبس/24-32) .


Maksudnya :
("Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya). Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, dan buah anggur serta sayur-sayuran, dan Zaitun serta pohon-pohon kurma, dan taman-taman yang menghijau subur, dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu ").

Apabila manusia ataupun haiwan memakan makanan, maka Allah menyediakan pula satu juzuk penghadam makanan di dalam perut manusia, haiwan dan makhluk-makhluk yg ada di alam ini. Selepas itu, Allah menyerapkan pula makanan tadi keseluruh tubuh, kulit dan juga kepada otak. Maha berkuasa Allah yang menciptakan seluruh alam. Benarlah Firman-Nya yang berbunyi :

{أَمَّنْ هَذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ بَلْ لَجُّوا فِي عُتُوٍّ وَنُفُورٍ}(الملك/21).


Maksudnya :
("Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran)").


Allahlah yg memberi rezeki kepada semua makhluk di dunia ini. Sedangkan ikan yg berada di dasar laut yg amat dalam, Allah sediakan padanya rezeki. Begitu juga ulat-ulat yg berada di dalam batu dapat hidup dengan selamat dan juga di sediakan baginya rezeki, janin-janin yg berada di dalam kegelapan tersedia juga baginya rezeki. Bahkan pada benih-benih tumbuhan, Allah sediakan baginya rezeki untuk menyempurnakan penghasilan yg baik. Firman Allah :

{وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ}(هود/6).


Maksudnya :
("Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)").


Firman-Nya lagi :


{يَاأَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُمْ مِنْ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ}(فاطر/3).


Maksdunya : ("Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)").

Mereka yang yakin akan rezekinya daripada penciptanya(Allah), maka dia tidak sama sekali berharap selain daripada Allah dan juga tidak akan bimbang rezekinya kerana dia tahu yg memberi rezeki hanya Allah S.W.T...


Wallahu A'lam...

Wednesday, October 24, 2007

Syawal

1 Syawal mengingatkan aku pada orang yg tersayang, sudah agak lama aku tidak dapat beraya bersama mereka..Bersama gema Aidilfittri yang mulia ini, kulayangkan secebis ucapan ringkas buat keluarga tersayang & juga teman² yg mengenali diri ini..Ku pohon kemaafan andai tutur kataku agak keterlaluan..

SALAM AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monday, October 22, 2007

Friday, September 21, 2007

Ramadhan

Hari esok kita berpuasa
Setahun sekali hanya sebulan
Sempatkah kita menyempurnakan
Hingga sampai ke penghujungnya

Sebulan Ramadhan kita berpuasa
Menahan diri dari lapar dahaga
Menekan nafsu bermaharajalela
Melatih diri beramal sentiasa

Sepanjang Ramadhan
Syaitan dalam rantaian
Terbuka luas pintu kebaikan
Tanda rahmat kasih sayang Tuhan
Itulah kemuliaan di bulan Ramadhan

Solat Tarawih menjadi amalan
Meriahkan lagi keberkatan malam
Tadarus Quran penambah seri
Tenangkan hati membersihkan diri

Paling istimewa di bulan Ramadhan
Berlakunya malam Lailatul Qadar
Turunlah malaikat meraikan semua
Menyambut amalan yang ikhlas di antara kita...

Sebulan sudah Ramadhan bersama
Tibalah syawal tanda kemenangan
Sempurnakah segala amalan
Adakah kita berjumpa semula
Di Ramadhan yang akan datang!!!!

SLAMAT BERPUASA...