Powered By

Powered by Permaya

Sunday, November 18, 2007

Rezeki


Ketika mana manusia berada di dalam kegelapan rahim ibu, manusia tidak mampu untuk mencari sesuatu pun samaada air, makanan dan sebagainya. Akan tetapi Allahlah yang memberikan rezeki kepada janin-janin yang berada didalam perut ibu melalui tali pusat.
Apabila lahirnya manusia ke alam ini, Allah memberikan pula rezeki melalui buah dada ibu yang keluar daripadanya susu. Allah juga memberikan hamba-hambanya rezeki yang tak terhingga banyaknya daripada tumbuh-tumbuhan, pokok kayu yang terhasilnya buah-buahan, sayur-sayuran dan sebagainya. Yang menyebabkan terhasilnya makanan tersebut daripada air, angin, pancaran matahari untuk menyempurnakan hasilnya. Allah juga menyediakan tempat-tempat yg munasabah dan elok bagi mengeluarkan hasil-hasil makanan yg baik daripada tumbuh-tumbuhan, sayur-sayuran untuk makhluk-makhluk di atas alam ini yg amat memerlukan semua itu. Ini bertepatan dengan Firman-Nya :

{فَلْيَنْظُرِ الإِنسَانُ إِلَى طَعَامِهِ . أَنَّا صَبَبْنَا الْمَاءَ صَبًّا . ثُمَّ شَقَقْنَا الأَرْضَ شَقًّا . فَأَنْبَتْنَا فِيهَا حَبًّا . وَعِنَبًا وَقَضْبًا . وَزَيْتُونًا وَنَخْلاً . وَحَدَائِقَ غُلْبًا . وَفَاكِهَةً وَأَبًّا . مَتَاعًا لَكُمْ وَِلأَنْعَامِكُمْ} (سورة عبس/24-32) .


Maksudnya :
("Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya). Sesungguhnya kami telah mencurahkan hujan dengan curahan yang menakjubkan. Kemudian kami belah-belahkan bumi dengan belahan yang sesuai dengan tumbuh-tumbuhan, lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, dan buah anggur serta sayur-sayuran, dan Zaitun serta pohon-pohon kurma, dan taman-taman yang menghijau subur, dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu ").

Apabila manusia ataupun haiwan memakan makanan, maka Allah menyediakan pula satu juzuk penghadam makanan di dalam perut manusia, haiwan dan makhluk-makhluk yg ada di alam ini. Selepas itu, Allah menyerapkan pula makanan tadi keseluruh tubuh, kulit dan juga kepada otak. Maha berkuasa Allah yang menciptakan seluruh alam. Benarlah Firman-Nya yang berbunyi :

{أَمَّنْ هَذَا الَّذِي يَرْزُقُكُمْ إِنْ أَمْسَكَ رِزْقَهُ بَلْ لَجُّوا فِي عُتُوٍّ وَنُفُورٍ}(الملك/21).


Maksudnya :
("Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran)").


Allahlah yg memberi rezeki kepada semua makhluk di dunia ini. Sedangkan ikan yg berada di dasar laut yg amat dalam, Allah sediakan padanya rezeki. Begitu juga ulat-ulat yg berada di dalam batu dapat hidup dengan selamat dan juga di sediakan baginya rezeki, janin-janin yg berada di dalam kegelapan tersedia juga baginya rezeki. Bahkan pada benih-benih tumbuhan, Allah sediakan baginya rezeki untuk menyempurnakan penghasilan yg baik. Firman Allah :

{وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأَرْضِ إِلاَّ عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ}(هود/6).


Maksudnya :
("Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)").


Firman-Nya lagi :


{يَاأَيُّهَا النَّاسُ اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللَّهِ يَرْزُقُكُمْ مِنْ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ}(فاطر/3).


Maksdunya : ("Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)").

Mereka yang yakin akan rezekinya daripada penciptanya(Allah), maka dia tidak sama sekali berharap selain daripada Allah dan juga tidak akan bimbang rezekinya kerana dia tahu yg memberi rezeki hanya Allah S.W.T...


Wallahu A'lam...

No comments: